KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan wanita negara S. Kisona mencipta kejutan apabila menewaskan bekas pemain nombor satu dunia Saina Nehwal dari India pada pusingan kedua Kejohanan Terbuka Switzerland 2022 di Basel.
Pada perlawanan yang berlangsung di St Jakobshalle awal pagi tadi, Kisona mencatat kemenangan 17-21, 21-13, 21-13 sekali gus menempah slot ke suku akhir.
Di set pertama, Kisona bermula dengan baik setelah mendahului 15-12, namun Saina tidak menunggu lama untuk bangkit menyamai kedudukan 15-15 sebelum berjaya mengatasi pemain negara 21-17.
Pada set kedua, kedua-dua pemain saling mengejar mata sehingga terikat 8-8 sebelum Kisona beraksi dengan lebih agresif sekali gus berjaya membawa permainan ke set penentuan apabila mencatat kemenangan 21-13.
Di set penentuan, Kisona yang berada di ranking ke-64 dunia diikat pemain ranking 23 dunia itu dengan kedudukan 6-6 sebelum Kisona mendominasi permainan sehingga menoktahkan kejayaan 21-13.
Di suku akhir, Kisona akan membuat perhitungan dengan lawan dari Thailand Supanida Katethong yang dijadual berlangsung pada 9 malam waktu tempatan, hari ini.
Sementara itu, tiga pasangan beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani masing-masing berjaya mengiringi Kisona ke pentas suku akhir.
Turut mara ke peringkat lapan terbaik itu adalah dua pasangan beregu wanita Lim Chiew Sien-Vivian Hoo dan Anna Cheong-Teoh Mei Xing selepas cemerlang mengatasi lawan masing-masing.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 25 2022
Kisona mencatat kemenangan 17-21, 21-13, 21-13 sekali gus menempah slot ke suku akhir. - Gambar fail
Istiadat Pertabalan YDP Agong pada 20 Julai, sambutan Hari Keputeraan pada September
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 akan dilangsungkan pada 20 Julai akan datang.
Wai Ching mahu 'tawan' Merdeka 118, pecah Rekod Dunia Guinness
Wai Ching bercadang untuk melawat menara Merdeka 118 pada Julai bagi mengenal pasti jumlah langkahan yang perlu dilakukan untuk lengkapkan larian.
WHO luluskan vaksin denggi baharu TAK-003
TAK-003 merupakan vaksin lemah hidup yang mengandungi versi lemah dari keempat-empat serotip virus yang menyebabkan denggi.
AWANI Ringkas: 46 negara guna 'autogate' | Kadar alkohol tinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ICJ tolak permintaan Israel untuk tangguh perbicaraan
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menolak permintaan Israel untuk menangguhkan perbicaraan pada Khamis hingga minggu depan.
Sultan Perak perkenan belia baca khutbah Jumaat esok
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memperkenankan golongan belia diberikan penghormatan membaca khutbah Jumaat di masjid semua daerah di Perak esok.
Enam keldai akaun ditahan sebabkan kerugian sehingga RM106,030
Polis menahan enam individu yang dipercayai menjadi "keldai akaun" kepada beberapa sindiket penipuan.
Bekas penolong jurulatih boling dipenjara enam tahun lakukan amang seksual
Seorang bekas penolong jurulatih boling dijatuhi hukuman penjara enam tahun selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang atlet Sukma.
Kementerian Pendidikan umum kursus pemerkasaan AI
Kementerian Pendidikan umum peningkatan kemahiran teknologi AI di kalangan guru.
Pemandu mengaku tidak bersalah mabuk, langgar atlet kayak kebangsaan
Seorang pembantu penyelia kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kecederaan ke atas atlet kayak negara, Sabtu
Kisona buru kedudukan 20 terbaik dunia
Kisona optimis dengan corak latihannya yang disifatkan solid bersama jurulatih baharu Mohd Zakry Abdul Latif dan rakan pasukan.
Terbuka Australia: Tze Yong, Kisona giat buat persiapan terakhir
Komitmen dan kesungguhan yang ditampilkan kedua-dua pemain berkenaan, mampu menutup tirai kejohanan musim 2022 dengan penuh bergaya.
Piala Uber: Malaysia atasi Mesir 5-0
SSkuad wanita Malaysia menamatkan cabaran mereka dalam Pusingan Akhir Piala Uber 2022 dengan menewaskan Mesir 5-0, perlawanan terakhir Kumpulan C di Impact Arena di sini, pada Selasa.
Kisona kejutkan bekas pemain nombor satu dunia
Pemain perseorangan wanita negara S. Kisona mencipta kejutan apabila menewaskan bekas pemain nombor satu dunia Saina Nehwal dari India pada pusingan kedua Kejohanan Terbuka Switzerland 2022 di Basel.
BATC: Skuad lelaki benam Singapura 5-0, wanita tempah tiket Piala Uber
Skuad lelaki memulakan kempen Kumpulan B di Pusat Konvensyen Setia City dengan kemenangan 5-0 menentang negara jiran Singapura.
Kejuaraan Dunia: Kisona terkeluar awal
Harapan pemain badminton perseorangan wanita utama negara S. Kisona untuk kembali cemerlang tidak kesampaian.
BAM akan bantu Kisona baiki prestasi diri - Norza
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan terus menyokong pemain perseorangan wanita negara S.Kisona dalam usaha mengembalikan keyakinan diri dan prestasi dirinya.
Kisona akui hilang rentak, tekad bangkit semula
Kisona meminta peminatnya supaya bersabar dan terus memberikan sokongan buatnya untuk kembali bangkit.
'Saya juga manusia', kata Kisona
Pemain itu bertekad mengetepikan kejadian berbaur perkauman dan menumpukan perhatian pada perlawanan pembukaan Piala Uber hari ini.
Komen perkauman suatu yang keterlaluan - BAM
BAM menganggap komen berbaur perkauman yang dilemparkan terhadap pemain perseorangan wanita negara merupakan sesuatu yang keterlaluan.